Pages

Sunday, June 27, 2010

Surat Untuk Ibu

Ibu,

Pengorbananmu tiada terbalas,
Walaupun kukorbankan jiwa dan ragaku.

Tetapi,
Sebanyak itu pengorbananmu,
Sebanyak itu juga aku menderhakaimu.

Sedangkan aku sedar,
Suatu hari aku hanya mampu melihat pusaranmu.

Ampunilah dosaku ibu.
Anakmu ini menyusun sepuluh jari,
Sambil air mata membasahi pipi.

Maafkanlah aku, ibu.
Sesungguhnya syurga memang terletak
Di bawah telapak kakimu.

1 comment:

  1. My Dear Daughter,

    Only when you become a mother, then you will understand all the sacrifices worth every ounce and you will do it over and over again...

    I love you.

    Mommy

    ReplyDelete